Close

Audi e-tron dan Q8 e-tron dilancarkan di Malaysia dengan harga bermula RM383K

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) yang merupakan pengedar rasmi Audi di Malaysia kini sedia untuk menawarkan bukan satu tetapi tiga model dalam segmen kenderaan elektrik untuk pasaran tempatan. Model tersebut adalah Audi e-tron GT quattro, Audi RS e-tron GT dan Audi Q8 e-tron.

Audi e-tron GT quattro


Audi e-tron GT quattro ini hadir dengan sistem pacuan empat roda dengan motor elektrik di setiap axel. Menggunakan transimi satu kelajuan pada bahagian hadapan dan tranmisi dua kelajuan di bahagian belakang. Mampu menjana 469 hp dengan 630 Nm. Mampu memecut 0 ke 100 km/j hanya 4.5 saat dengan kelajuan tertinggi 245 km/j.

Menggunakan bateri litium-ion yang berkapasiti 93 kWh yang mampu bergerak sehingga 458 km mengikut piawaian WLTP. Untuk pengecasan, ia menyokong pengecasaan AC pada 11 kW dengan yang mengecas sekitar 9 jam untuk isian penuh. Terdapat juga pengecasan pantas DC pada 270 lW yang mampu mengecas 5 ke 80% hanya dalam 22.5 minit sahaja.

Di Malaysia, Audi e-tron GT quattaro dijual pada harga bermula RM588,790 tanpa insuran. Audi turut menawarkan varian yang lebih berkuasa iaitu Audi e-tron GT quattaro dengan Dynamic Package pada harga RM667,790.

 Audi RS e-tron GT


Merupakan model paling berkuasa dalam barisan e-tron yang mampu menjana 590 hp dan 830 Nm dalam mod biasa. Dalam mod boost, EV ini mampu menghasilkan 637 hp yang boleh memecut 0 ke 100 km/j hanya dalam 3.3 saat.

Menggunakan kapasiti bateri yang sama seperti Audi e-tron GT quattaro iaitu 93 kWh yang mampu bergerak sehingga 447 km. Untuk pengecasan, ia menyokong pengecasaan AC pada 11 kW dengan yang mengecas sekitar 9 jam untuk isian penuh. Terdapat juga pengecasan pantas DC pada 270 lW yang mampu mengecas 5 ke 80% hanya dalam 22.5 minit sahaja.

Untuk harga jualan, Audi RS e-tron GT dijual pada harga RM793,790 yang didatangkan dengan jaminan standard selama 2 tahun dan roadside assistance selama 5 tahun.

Audi Q8 e-tron dan Audi Q8 Sportback e-tron


Audi turut menawarkan Audi Q8 e-tron dan Audi Q8 Sportback e-tron. Yang mana kedua-duanya hadir dengan pacuan empat roda dengan dua motor elektrik. Untuk varian 50 quattaro, ia mampu menghasilkan 335 hp dan 664 Nm, mampu memecut 0 ke 100 km/j hanya dalam 6.0 saat. Manakala 55 quattara pula menghasilkan 402 hp dan 664 Nm yang mampu memecut 0 ke 100 km/j hanya dalam 5.6 saat.

Untuk kapasiti bateri, Audi Q8 e-tron dan Audi Q8 Sportback e-tron 50 quattaro menggunakan kapasiti bateri yang sama iaitu 95 kWj. Namun. menawarkan jarak perjalanan yang berbeza. Untuk model standard ia mampu bergerak sehingga 410 km manakala model Sportback pula ia mampu bergerak sehignga 415km. Manakala, untuk 55 quattaro ia menggunakan kapasiti bateri 114 kWj yang boleh bergerak sejauh 481 km.

Dari segi pengecasan, untuk bateri 95 kWj ia menyokong pengecasan pantas DC 150 kW dan pengecas AC 11 kW. Sementara, untuk bateri 114 kWj ia menyokong pengecasan pantas DC 170 kW yang mampu mengecas 5 ke 80% hanya dalam 31 minit, turut menyokong pengecasan AC pada 22 kW.

Senarai harga jualan Audi Q8 e-tron dan Audi Q8 Sportback e-tron :

  • Audi Q8 advanced 50 e-tron quattro – RM383,990
  • Audi Q8 S line 55 e-tron quattro – RM474,990
  • Audi Q8 Sportback advanced 50 e-tron quattro – RM389,990
  • Audi Q8 Sportback S line 55 e-tron quattro – RM484,990

Kesemua model didatangkan dengan jaminan standard selama 2 tahun, jaminan bateri selama 8 tahun atau 1600,000 km dan lima tahun roadside assistance.

ARTIKEL BERKAITAN