Close

Threads akan dilancarkan pada minggu ini – Pesaing Twitter dari Meta

Seperti yang kita tahu, Meta akan memperkenalkan aplikasi alternatif yang juga pesaing kepada  Twitter dan aplikasi tersebut akan dikenali sebagai Threads. 


Terbaru, pesaing kepada Twitter itu nampaknya sudah bersedia untuk dilancarkan dan dijangka akan tiba pada 6 Julai ini. Laman web rasmi Threads juga telahpun diperlihatkan dengan kiraan detik untuk pelancaran aplikasi tersebut.


Selain itu, terdapat halaman khusus yang memerlukan pengguna untuk mengimbas kod sebelum memuat-turun aplikasi. Pada halaman muat turun, turut memperlihatkan aplikasi ini akan tersedia pada kedua-dua platform Android dan iOS.
Aplikasi Threads ini akan diletakkan di bawah Instagram. Bermaksud, aplikasi akan menyokong log masuk dengan menggunakan akaun Instagram. Berdasarkan dari perkongsian awal mengenai aplikasi ini, ia kelihatan mirip seperti Instgram tetapi tanpa sokongan imej dan akan menawarkan fungsi seperti Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN