Xiaomi Malaysia secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti baharu mereka pada 7 Julai ini. Peranti baharu yang akan diumumkan adalah dari barisan siri Redmi.
Buat masa ini, tiada sebarang maklumat terperinci yang didedahkan mengenai peranti tersebut. Tetapi, berdasarkan dari perkongsian terbaru dari Xiaomi memperlihatkan peranti tersebut akan hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan kamera swafoto tunggal yang diletakkan pada bahagian tengah.
Dari segi rekaan, peranti ini dijangka akan hadir dengan rekaan berkotak, tidak dapat dipastikan kemasan yang akan digunakan pada peranti ini. Untuk spesifikasi, peranti ini dijangka akan hadir dengan cip Helio G88, paparan 90Hz dan turut menyokong penarafan IP53.
Pada ketika ini, Xiaomi telahpun menawarkan 5 varian di bawah siri Redmi 12 iaitu Redmi Note 12 Pro+, Redmi Note 12S, Redmi Note 12 5G, Redmi Note 12 dan Redmi 12C. Sekiranya tepat, peranti seterusnya yang akan diumumkan adalah Redmi 12.
Maklumat lebih terperinci mengenai letersediaan dan penawaran harga peranti ini hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.