Close

Nothing Phone (2) akan tiba di Malaysia pada 14 Julai ini

Nothing Phone (2) secara rasmi akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia dengan acara pelancarannya akan berlangsung pada 14 Julai ini. Pelbagai maklumat telah didedahkan mengenai peranti ini hanya  ketersediaan, spesifikasi dan penawaran yang menjadi persoalan ketika ini.

Antara maklumat yang telah didedahkan mengenai peranti ini adalah berkenaan rekaan dan beberapa maklumat asas mengenai spesifikasi. Dari segi rekaan, tiada perubahan ketara dari segi rekaan namun, terdapat beberapa perkara yang menjadikan Nothing Phone (2) sedikit berbeza.


Antara perubahan yang dibawakan pada Nothing Phone (2) adalah pada glyph interface yang kini menggunakan corak putus- putus dan mempunyai 33 zon LED yang boleh dikawal melalui perisian. Selain itu, glyph interface juga dilihat mampu untuk digunakan sebagai lampu notifikasi dan menyokong penyesuaian.


Untuk spesifikasi, Nothing Phone (2) akan dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang akan dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 47000mAh dan akan menjalankan Nothing OS 2.0 yang berasaskan Android 13.


Dengan menggunakan spesifikasi yang lebih premium, Nothing Phone (2) mungkin akan dijual sedikit mahal. Berdasarkan harga jualan yang tertiris, peranti ini mungkin akan dijual pada harga bermula €729 (RM3722).

ARTIKEL BERKAITAN