Close

BNM bakal lancarkan Portal Fraud Kebangsaan pada pertengahan 2024

Bank Negara Malaysia (BNM) bakal melancarkan Portal Fraud Kebangsaan yang dijangka akan siap sepenuhnya pada pertengahan tahun hadapan 2024.

Portal Fraud Kebangsaaan akan dibangunkan dengan kerjasama pihak Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan institusi kewangan di Malaysia. Kewujudan portal ini adalah untuk meningkatkan keupayaan pengesanan jejak dana dan juga mengenal pasti kalangan individu atau keldai akaun. 

Selain itu, ia juga akan meningkatkan dan mengukuhkan lagi sistem sedia ada dalam masa yang sama dapat melindungi mangsa daripada mengalami kerugian. Dengan adanya Portal Fraud Kebangsaan ini, ia dijangka akan dapat mengurang atau menyelesaikan masalah penipuan yang semakin membimbangkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN