Close

WhatsApp bakal hadir dengan antaramuka baharu tidak lama lagi

Aplikasi permesejan paling popular di dunia iaitu WhatsApp dilaporkan bakal hadir dengan antaramuka baharu untuk aplikasi mereka. 

Melalui perkongsian dari WABetaInfo, memperlihatkan WhatsApp Beta untuk Android dengan nombor binaan 2.23.13.16 telah hadir dengan antaramuka baharu. Antara perubahan yang dapat dilihat adalah status bar kini tidak lagi berwarna hijau sebaliknya menggunakan warna putih. Logo WhatsApp juga turut ditukar kepada warna hijau dan akan menggunakan font baharu.

Antaramuka baharu ini akan turut hadir dengan fungsi yang akan menapis dan mengasingkan perbualan mengikut kepada 4 bahagian iaitu all, unread, personal dan business. Fungsi ini dilihat akan lebih memudahkan pengguna untuk menguruskan perbualan mereka.

Kemas kini antaramuka ini dilihat lebih ringkas dan minimalis. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai ketersediaan kemas kini ini untuk Android dan iOS memandangkan masih lagi peringkat percubaan.

Kami menjangkakan, akan lebih banyak penambahbaikan dan perubahan antaramuka yang akan dilakukan oleh WhatsApp dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN