Close

HONOR X6a dan X5 Plus kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga bermula RM449

HONOR Malaysia kini hadir dengan dua lagi peranti baharu iaitu HONOR X6a dan X5 Plus untuk pasaran tempatan. Kedua-dua peranti ini ditawarkan dengan spesifikasi yang menarik dan harga lebih mampu milik.

Untuk HONOR X6a, ia hadir dengan skrin TFT LCD HD+ bersaiz 6.56-inci dengan paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G36 yang dipadankan dengan 6GB RAM, storan dalaman sehignga 128GB dan bateri 5200mAh. Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP + 2MP dan swafoto 5MP.

Manakala, untuk HONOR X5 Plus pula hadir dengan spesifikasi yang sama iaitu seperti X6a iaitu skrin TFT LCD HD+ bersaiz 6.56-inci 90Hz, cip MediaTek Helio G36 dan swafoto 5MP dan bateri 5200mAh. Perbezaan adalah pada konfigurasi RAM iaitu 4GB, storan dalaman 64GB dan tetapan dwi-kamera belakang 50MP + 2MP.

Untuk harga jualan, HONOR X6a dijual pada harga RM599 dan X5 Plus pula dijual pada harga RM449. Kedua-dua peranti ini telahpun ditawarkan bermula hari ini di semua pengedar rasmi HONOR di seluruh Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN