Close

Pengguna WhatsApp di Malaysia kini boleh menghantar video pada resolusi HD

Selepas hanya tersedia kepada beberapa pengguna terpilih sahaja. Fungsi menghantar video pada resolusi HD kini dilihat telahpun tersedia untuk semua pengguna WhatsApp.


crisp and clear and sent in chat. we’re rolling out HD videos on WhatsApp. pic.twitter.com/J6fsGdqPIv

— WhatsApp (@WhatsApp) September 6, 2023

 

Seperti fungsi menghantar imej pada resolusi HD, pengguna kini mempunyai pilihan untuk menghantar video pada HD Quality (HD) atau Standard Quality (SD). Namun begitu, fungsi ini hanya menyokong dua resolusi sahaja iaitu 1280 x 720 pixel untuk HD dan 640 x 368 pixel untuk SD. Fungsi ini juga tidak ditetapkan secara automatik, pengguna perlu memilih pada bar suntingan.



Langkah penggunaan juga dilihat sama seperti menghantar imej HD. Pengguna perlu memilih video kemudian, tekan ikon HD pada bar suntingan dan pilih saiz video yang ingin dihantar. Video yang dihantar akan memaparkan label HD selepas dihantar.



Sebelum ini, pengguna WhatsApp perlu menggunakan fungsi dokumen untuk menghantar imej dan video dalam kualiti yang lebih baik berbanding menghantar imej dan video secara terus.


 Selain itu, WhatsApp dilaporkan sedang menguji fungsi yang membolehkan pengguna menghantar imej dan video pada resolusi asal.

ARTIKEL BERKAITAN