Close

Rekaan OnePlus 12 tertiris – Hadir dengan kamera periskop baharu

Gambar : OnLeaksXMySmartPrice

Biarpun, OnePlus belum lagi mengumumkan sebarang maklumat mengenai peranti mercu mereka yang seterusnya. Namun, telah ada beberapa laporan mendedahkan maklumat mengenai peranti tersebut.


Terbaru, rekaan yang didakwa sebagai OnePlus 12 telahpun tertiris. Memperlihatkan ia akan tampil dengan rekaan kamera yang sama seperti OnePlus 11. Namun, terdapat sedikit perubahan dari segi susunan kamera.


Gambar : OnLeaksXMySmartPrice

OnePlus 12 dikatakan akan memfokuskan kepada keupayaan fotografi yang lebih baik melalui kamera periskop baharu. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX989 + 50MP ultra sudut lebar + 64MP OmniVision 3x zum optikal. Masih menggunakan penjenamaan Hasselblad namun, dengan logo baharu H.


Untuk spesifikasi, OnePlus 12 berkemungkinan akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, 16GB RAM, skrin AMOLED 2K 120Hz, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 120W. OnePlus 12 dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun 2023 di China dan memasuki pasaran global pada suku pertama 2024.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN