Close

iPhone diharamkan untuk penjawat awam di China

China telah mengeluarkan arahan yang mengharamkan penjawat awam untuk menggunakan iPhone atau telefon pintar jenama luar. Bukan itu sahaja, iPhone dan telefon pintar jenama luar juga tidak dibenarkan untuk dibawa ke pejabat.

Pengharaman ini dilihat sebagai tindak balas China terhadap negara eropah yang mengharamkan aplikasi TikTok dengan alasan keselamatan siber. Amerika Syarikat antara negara terawal yang mengharamkan penjawat awam untuk memasang aplikasi TikTok pada peranti kerajaan.

Selain pengharaman aplikasi TikTok oleh Amerika Syarikat, tindak balas ini juga adalah jawapan kepada pengharaman Huawei di beberapa negara eropah lain yang menyebabkan infrastruktur 5G dari Huawei disekat.

Berikutan dari ketegangan hubungan antara China dan Amerika Syarikat. China mengesa perusahaan besar milik kerajaan untuk memainkan peranan penting dalam usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada teknologi asing.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN