Close

Siri Xiaomi TV A dan siri TV A Pro kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula dari RM1199

Xiaomi secara rasmi melancarkan TV pintar baharu mereka iaitu siri Xiaomi TV A dan siri TV A Pro melalui acara Xiaomi’s Smart Living Showcase. Hadir dengan sejumlah spesifikasi yang dipertingkat dan fungsi menarik.

Siri Xiaomi TV A


Siri Xiaomi TV A ditawarkan dalam tiga pilihan saiz iaitu 32-inci HD, 43-inci FHD dan 55-inci 4K. Ketiga-tiga model ini tampil dengan rekaan dan fungsi yang sama seperti bingkai yang nipis dan menyokong Google TV.

Dari segi spesifikasi, Xiaomi  TV A 55-inci dijana dengan kuad teras Cortex-A55, GPU Mali G52 MC1, 2GB RAM dan storan dalaman 8GB. Manakala, untuk Xiaomi TV A 43-inci dan 32-inci ia dikuasakan dengan kuad-teras Cortex-A55, GPU Mali G31 MP2, 1.5GB RAM dan storan dalaman 8GB.

 

Untuk sokongan sambungan, Xiaomi TV A 55-inci menyokong 3x HDMI 2.0, 1x USB-A 2.0, 1x Ethernet,  1x AV dan 1x Digital optikal, Manakala, untuk Mi TV A 43-inci dan 32-inci ia menyokong sambungan yang sama cuma dibezakan dengan 2x HDMI 2.0, 2x USB-A 2.0 dan bicu audio 3.5mm.



Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti sokongan Google Assistant, Chromecast, Dolby Audio, dua pembesar suara 10W, DTS:X, DTS HD, DTS Virtual X dan Bluetooth 5.0.


Untuk harga jualan, Xiaomi TV A 55-inci dan 43-inci dijual pada harga RM1999 dan RM1199. Manakala, untuk Xiaomi TV A 32-inci buat masa ini ia belum lagi ditawarkan. Bersempena dengan pengenalannya, Xiaomi TV A 55-inci dan 43-inci boleh dibeli dengan harga promosi RM1499 dan RM999 melalui kedai rasmi Xiaomi di Lazada.

Siri Xiaomi TV A Pro


Sementara, untuk model yang lebih premium iaitu siri Xiaomi TV A Pro ia turut ditawarkan dengan tiga pilihan saiz iaitu 43-inci, 55-inci dan 65-inci. Ketiga-tiga model ini menyokong resolusi 4K, rekaan, spesifikasi dan fungsi yang sama.

Siri Xiaomi TV A Pro ini dikuasakan dengan kuad teras Cortex-A55, GPU Mali G53 MP2, 2GB RAM dan storan dalaman 16GB. Turut menyokong paparan Dolby Vision, MEMC dan HDR10+. Untuk audio, ia hadir dengan dua pembesar suara jenis stereo 12W, DTS-X, DTS Virtual:X dan Dobly Audio.

 

Menjalankan sistem operasi Google TV yang menyokong ciri seperti Google Assistant dan Chromecast. Dari segi sokongan sambungan hadir dengan Bluetooth 5.0, 3x HDMI 2.0, USB-A 2.0, 1x Ethernet, 1x bicu 3.5mm bicu audio, dan WiFi 5GHz.


Untuk harga jualan, siri Xiaomi TV A Pro dijual pada harga RM1399 untuk 43-inci, RM2199 untuk 55-inci dan RM2699 untuk 65-inci. Bersempena pengenalannya, siri Xiaomi TV A Pro turut dijual pada harga promosi di Xiaomi’s Smart Living Showcase dan melalui kedai rasmi Xiaomi di Lazada. Selain itu, setiap pembelian siri Xiaomi TV A Pro berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang bernilai RM11,997.

ARTIKEL BERKAITAN