Close

Google secara sengaja mendedahkan rekaan Pixel 8 Pro

Google telahpun mengumumkan acara pelancaran untuk siri Google Pixel 8 yang akan berlangsung pada 4 Oktober ini. Biarpun, acara pelancaran masih lagi panjang. Namun, rekaan rasmi Pixel 8 Pro telahpun didedahkan.

https://t.co/LIIbekr38d

— José Rubén (@J0S3RL) September 6, 2023

 

Google dilaporkan secara sengaja mendedahkan rekaan Pixel 8 Pro melalui simulasi model 3D yang ditemui oleh Jose Ruben dan dikongsi ke platform X. Melalui perkongsian tersebut mendedahkan rekaan penuh Pixel 8 Pro.

Pixel 8 Pro dilihat masih lagi membawakan rekaan yang sama seperti Pixel 7 Pro dengan rekaan kamera belakang yang disusun dalam satu ruang yang sama dan menggunakan tetapan tri-kamera. Selain itu, terdapat sensor baharu yang diletakkan di sebelah LED flash yang dikatakan sebagai pengesan suhu.

Dapat juga dilihat yang Pixel 8 Pro akan hadir dengan rekaan bingkai yang sedikit bulat berbanding model sebelumnya. Masih lagi mempunyai sokongan SIM Tray yang diletakkan pada bahagian sisi kiri. Pixel 8 Pro akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Licorice, Porcelain dan Sky.

Dengan tarikh pelancarannya yang semakin hampir. Kami menjangkakan lebih banyak maklumat yang akan dikongsi oleh Google dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN