Close

Siri Xiaomi 13T akan menyokong kemas kini sehingga 5 tahun

Xiaomi sebelum ini telahpun berkongsi tarikh pelancaran peranti baharu mereka iaitu siri Xiaomi 13T pada 26 September ini. Pada acara tersebut, Xiaomi dijangka akan melancarkan dua varian iaitu Xiaomi 13T dan 13T Pro.

We are proud to announce a significant enhancement to our commitment to providing exceptional software support. Xiaomi 13T and Xiaomi 13T Pro will include 4 generations of Android OS upgrades, as well as 5 years of security patches.

— Daniel Desjarlais (@Daniel_in_HD) September 6, 2023

Terbaru, siri Xiaomi 13T dilaporkan akan menyokong kemas kini yang lebih panjang iaitu 4 tahun kemas kini Android dan 5 tahun kemas kini keselamatan. Sebagai perbandingan, siri Xiaomi 12T sebelum ini hanya menyokong kemas kini 3 tahun untuk Android dan 4 tahun untuk kemas kini keselamatan.


Namun begitu, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang didedahkan. Sekiranya, mengikut kepada beberapa laporan sebelum ini Xiaomi 13T Pro dijangka akan hadir dengan skrin 6.67-inci OLED 144Hz, cip Dimensity 9200+, 24GB RAM, storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 120W.

 

Manakala untuk Xiaomi 13T, ia dijangka akan hadir dengan spesifikasi yang hampir sama cuma dibezakan dengan cip Dimensity 8200 Ultra.

Maklumat penuh mengenai peranti hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN