Close

Google secara rasmi kongsi rekaan siri Pixel 8

Selepas secara sengaja mendedahkan rekaan siri Pixel 8. Google hari ini secara rasmi berkongsi rekaan penuh siri Pixel 8 melalui satu video teaser.

Video teaser yang berdurasi 23 saat dengan tajuk “Sneak Peek at Google Pixel 8 & Pixel 8 Pro” telah memperlihatkan secara ringkas rekaan penuh Pixel 8 dan Pixel 8 Pro.

Melalui video tersebut dapat dilihat yang Pixel 8 akan hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dan Pixel 8 Pro akan hadir dengan tetapan tri-kamera belakang bersama dengan sensor baharu yang diletakkan di sebelah LED flash.

Namun begitu, rekaan kamera belakang dilihat masa mengekalkan rekaan yang sama seperti model sebelumnya. Turut dapat dilihat rekaan sisi siri Pixel 8 akan menggunakan rekaan yang sedikit bulat berbanding jenis rata pada siri Pixel 7. Kemasan yang digunakan juga dilihat masih sama iaitu jenis kesat untuk Pixel 8 dan jenis berkilat untuk Pixel 8 Pro.

Walaubagaimanapun, tiada maklumat spesifikasi yang dikongsi oleh Google. Siri Pixel 8 dijangka akan dilancarkan pada 4 Oktober ini. 

ARTIKEL BERKAITAN