Huawei secara rasmi telahpun melancarkan telefon lipat mereka yang seterusnya iaitu Mate X5 di China. Menariknya, peranti ini telah diumumkan tanpa sebarang acara pelancaran seperti mana siri Huawei Mate60.
Huawei Mate X5 dilihat hadir dengan rekaan yang sama seperti model sebelumnya. Dilengkapi skrin luar bersaiz 6.4-inci OLED LTPO 120Hz dan skrin dalam bersaiz 7.85-inci OLED LTPO 120Hz. Kedua-dua skrin ini dilindungi dengan kaca Kunlun Glass dan menyokong PWM Dimming pada 1440Hz.
Dari segi spesifikasi dalaman, Huawei tidak mendedahkan maklumat mengenai cip yang digunakan pada Mate X5. Namun, terdapat kemungkinan yang Mate X5 akan dikuasakan dengan cip Kirin 9000s yang turut digunakan pada Mate60 Pro. Dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.
Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 13MP ultra lebar + 12MP telefoto OIS 5x zum optik. Kemampuan kamera ini ditala dengan teknologi kamera XMAGE. Manakala, swafoto ia hadir dengan sensor 8MP. Bateri 5060mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 66W dan 55W pengecasan tanpa wayar.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, Bluetooth 5.2, NFC, penarafan IPX8, komunikasi satelit untuk kecemasan dan menjalakan Harmony OS 4.
Dari segi penawaran, Huawei Mate X5 buat masa ini hanya tersedia untuk pasaran China sahaja. Harga jualan masih lagi menjadi tanda tanya berikutan Huawei belum lagi mengumumkannya.