Close

Aksesori Tesla kini boleh dibeli Malaysia

Seperti yang kita tahu, Tesla telahpun memasuki pasaran Malaysia secara rasmi. Buat yang tidak mengetahui, Tesla tidak hanya menjual kereta elektrik sahaja tetapi, turut menjual pelbagai aksesori.

Seiring dengan itu, Tesla kini dilihat telah membuka kedai rasmi atas talian (Tesla Shop) di Malaysia dengan menawarkan aksesori kenderaan, apparel dan lifestyle.

Untuk aksesori kenderaan, Tesla menawarkan pelbagai aksesori yang merangkumi luaran, dalaman, kunci dan floors mat. Walaubagaimanapun, aksesori kenderaan buat masa ini hanya tersedia untuk Model Y sahaja.

Manakala, untuk apparel ia terbahagia kepada 3 iaitu lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Untuk aksesori yang ditawarkan pula adalah seperti baju, topi dan juga stokin. 

Aksesori terakhir yang ditawarkan adalah lifestyle, ia hadir dalam tiga pilihan iaitu Drinkware, Outdoor dan Tech.

Bagi yang berminat, aksesori Tesla ini boleh dibeli melalui Tesla Shop atau aplikasi Tesla.

ARTIKEL BERKAITAN