Close

Apple mungkin hadir dengan MacBook yang lebih mampu milik

Apple dilaporkan akan memperkenalkan MacBook dengan harga yang lebih mampu milik. MacBook mampu milik ini dikatakan akan memfokuskan kepada sektor pendidikan seperti mana yang dilakukan oleh Google dengan memperkenalkan Chromebook.

MacBook mampu milik akan menjadi barisan baharu dalam penawaran MacBook sedia ada. Dari segi binaan dan spesifikasi, MacBook mampu milik dikatakan akan dihasilkan dengan kualiti binaan dan spesifikasi dalaman yang lebih rendah seperti sokongan resolusi skrin, komponen mekanikal dan juga konfigurasi memori. 

Penawaran MacBook mampu milik dijangka akan menjadi pesaing kepada Chromebook dan akan ditawarkan untuk pasaran luar. Apple sebelum ini, menawarkan iPad sebagai alternatif kepada MacBook namun, perkara tersebut dilihat tidak berlaku seperti mana yang diharapkan oleh Apple.

Apple perlu menjual MacBook mampu milik pada harga sekitar $300 (RM1402) iaitu harga jualan yang ditawarkan oleh Google untuk Chromebook. MacBook mampu milik ini dijangka akan dilancarkan pada suku ke-2 tahun 2024.

Sekiranya laporan ini tepat, kita mungkin akan melihat lebih banyak pengguna akan menggunakan MacBook dalam sektor pendidikan. Terdapat kemungkinan untuk perkara ini berlaku memandangkan Apple telahpun hadir dengan iPhone mampu milik melalui model SE yang ditawarkan dengan harga lebih mampu milik.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN