Close

Lotus Emeya diumumkan – Kuasa 905 hp dengan jarak gerak sejauh 600 km

Lotus secara rasmi melancarkan sebuah lagi kereta elektrik baharu iaitu Emeya. Merupakan sebuah sedan Grand Tourer (GT) elektrik yang berkongsi platform EPA (Electric Premium Architecture) bersama dengan Eletre.


Lotus Emeya, hadir dengan motor elektrik berkembar yang mampu menghasilkan 905 hp dan 984 Nm. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam 2.78 saat dengan kelajuan tertinggi 256 km/j. Sekaligus menjadikan Emeya antara GT terpantas yang pernah dihasilkan.

Dimuatkan dengan bateri 102 kWh yang mampu bergerak sejauh 600 km untuk satu pengecasan penuh. Menyokong pengecasan pantas sehingga 350 kW yang mana dengan pengecasan selama 5 minit ia mampu menawarkan jarak tambahan sejauh 150 km. Selain itu, ia mampu mengecas 10% ke 80%  hanya dalam 18 minit sahaja.

Spesifikasi menarik lain yang dibawakan adalah sistem suspensi yang boleh dilaras yang mampu menganalisa keadaan jalan dan menyokong sistem aerodinamik aktif yang mengurangkan kesan seretan serta bertindak sebagai sistem penyejuk untuk brek dan juga bateri,

Lotus Emeya akan menjadi pesaing kepada Porsche Taycan Turbo, Audi e-tron GT dan Tesla Model S. Akan dihasikan di Wuhan China dengan pengeluarannya dijangka akan bermula tahun hadapan. Maklumat mengenai harga jualan dan ketersediaan buat masa ini belum lagi didedahkan oleh Lotus.

ARTIKEL BERKAITAN