Close

Siri Google Pixel 8 dijangka akan menyokong kemas kini sehingga 7 tahun

Google dijangka akan memberikan kemas kini yang lebih panjang pada siri Google Pixel 8. Sebelum ini, Google memberikan kemas kini 3 tahun untuk kemas kini Android dan 5 tahun untuk kemas kini keselamatan.


2/3 pic.twitter.com/L6mkAAo9Ev

— kamila 🌸 (@Za_Raczke) September 25, 2023

 

Berdasarkan dari perkongsian kamila di platform X, Google dijangka akan memberikan kemas kini yang lebih panjang untuk siri Pixel 8 iaitu 7 tahun kemas kini Android dan 7 tahun kemas kini keselamatan.


Ia sekaligus akan menjadikan siri Pixel 8 model paling panjang mendapat kemas kini dalam sejarah Android setakat ini. Namun begitu, laporan tersebut tidak mendedahkan secara spesifik mengenai kemas kini tersebut.



Dengan kemas kini yang lebih panjang, peranti dari Google dilihat akan menjadi pilihan bagi pengguna yang mementingkan kepada kemas kini dan juga keselamatan.

ARTIKEL BERKAITAN