Close

Senarai iPhone yang mungkin menyokong iOS 18

Apple dijangka akan memperkenalkan iOS 18 pada acara WWDC yang akan berlangsung pada Jun ini. iOS 18 dikatakan akan menerima kemas kini terbesar dalam sejarah iPhone sejak ia mula diperkenalkan pada 2007.

Gambar : BetaProfiles

Terbaru, terdapat laporan mendedahkan senarai iPhone yang bekemungkinan akan menerima iOS 18. Perkongsian tersebut menyatakan yang semua model iPhone yang menjalankan iOS 17 akan menerima iOS 18. Berikutan itu, terdapat 10 model yang menerima iOS 18 iaitu siri iPhone 15, siri iPhone 14, siri iPhone 13, siri iPhone 12, siri iPhone 11, iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone XR, iPhone SE Gen 2 dan iPhone SE Gen 3.

Laporan tersebut turut menyatakan yang model iPad dengan cip A10X Fusion tidak akan menerima kemas kini iPadOS 18. Walaubagaimanapun, senarai ini tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Apple dijangka akan membawakan perubahan besar pada iOS 18. Antara perubahan yang dijangka akan dibawakan pada iOS 18 adalah seperti keupayaan kecerdasan buatan (AI), antara muka yang lebih menarik dan prestasi yang lebih baik dan keselamatan yang dipertingkat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN