Close

Kadar penggunaan 5G di Malaysia kini mencapai 36% dengan liputan 80.3%

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengumumkan kadar penggunaan 5G di Malaysia kini mencapai hampir 36% untuk pertengahan April 2024. Selain itu, beliau turut berkongsi mengenai liputan rangkaian 5G di Malaysia telah mencapai 80.3% setakat Februari 2024.

Pengumuman tersebut menunjukkan perkembangan yang sangat positif mengenai rangkaian 5G di Malaysia. Sebagai perbandingan, 6 bulan lalu kadar penggunaan 5G di Malaysia hanya mencapai 15% sahaja. Antara punca peningkatan kadar penggunaan 5G di Malaysia adalah tiada lagi caj tambahan untuk rangkaian 5G.

Selain itu, peningkatan tersebut turut dibantu oleh liputan rangkaian 5G yang semakin meluas. Lebih menarik. Malaysia turut disenaraikan sebagai negara dengan rangkaian 5G paling konsisten oleh OOKLA. Buat yang tidak mengetahui, Ookla adalah penaraju global dalam pemantauan rangkaian dan cerapan kesalinghubungan.

ARTIKEL BERKAITAN