Close

Apple bakal hadir dengan fungsi kawal peranti dengan menggunakan mata

Apple telah mengumumkan beberapa fungsi baru untuk ketercapaian (accessability) yang membolehkan pengguna OKU mengendalikan produk mereka dengan lebih baik dan lebih mudah.

Terdapat beberapa fungsi yang diumumkan dan paling menarik sekali adalah fungsi Eye Tracking atau Penjejakan Mata. Seperti namanya, fungsi ini membolehkan pengguna mengawal iPhone atau iPad dengan menggunakan mata. Fungsi ini menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan memerlukan proses kalibrasi yang perlu dilakukan dalam beberapa saat. Fungsi ini direka untuk pengguna OKU fizikal.

Fungsi seterusnya adalah Music Haptics, fungsi ini membolehkan pengguna yang mempunyai masalah pendengaran menikmati muzik. Melaluinya, Taptic Engine akan bergetar mengikut muzik yang dimainkan melalui Apple Music. Buat masa ini, fungsi ini hanya akan tersedia untuk pengguna iPhone sahaja.

Untuk Vehicle Motion Cues atau pergerakkan isyarat kenderaan, ia mengurangkan masalah motion sickness atau mabuk kenderaan. Menurut Apple, mabuk kenderaan berlaku disebabkan oleh konflik deria antara apa yang dilihat denga apa yang dirasa. Melalui fungsi ini, titik animasi akan dipaparkan pada tepi skrin yang mewakili perubahan gerakan kenderaan bagi menggurangkan konflik deria.

Fungsi ini boleh mengesan secara automatik apabila pengguna berada dalam kenderaan yang bergerak. Selain itu, fungsi ini boleh ditetapkan secara manual dan tersedia pada iPhone dan iPad.

Seterusnya adalah fungsi Vocal Shortcuts, melaluinya pengguna iPhone atau iPad boleh menetapkan arahan suara dan corak pertuturan yang difahami oleh Siri untuk melancarkan pintasan. Fungsi ini membolehkan pengguna yang pertuturan sudah berubah yang disebabkan oleh penyakit ALS, serangan strok dan sebagainya.

Apple turut mengumumkan beberapa lagi fungsi baru untuk ketercapaian (accessability) seperti Reader Mode, Hover Typing, Virtual Trackpad, Braille Screen Input, Dot Pad dan banyak lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN