Apple mungkin akan melakukan perubahan ketara pada rekaan untuk model Ultra generasi seterusnya.
Menurut laporan, Apple dikatakan sedang membangunkan Watch Ultra 4 dengan rekaan serba baru. Sekiranya laporan ini tepat, ia bakal menjadi perubahan paling besar untuk siri Apple Watch sejak diperkenalkan pada 2022.

Selain rekaan, Apple Watch Ultra 4 dijangka akan turut menerima peningkatan besar pada bahagian sistem sensor. Walau bagaimanapun, tiada maklumat terperinci sama ada ia hadir dengan sensor baru atau sensor yang sama tetapi dengan ketepatan yang lebih baik dan penggunaan yang lebih efisien.
Laporan sama turut mendedahkan beberapa syarikat pembekal sensor dari Taiwan telah menerima tempahan komponen dengan pengeluaran dijangka seawal Julai, sekaligus memberi gambaran Apple Watch Utlra 4 mungkin tiba sekitar September tahun ini.
Apple Watch Ultra 4 dijangka tiba bersama dengan siri iPhone 18 iaitu iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max dan satu model baru yang akan dikenali sebagai iPhone Ultra.
(Sumber)