Close

Tesla Model Y kereta paling laris untuk tahun 2023

Tesla mencipta sejarah baru selepas dinobatkan sebagai kereta paling laris di dunia untuk tahun 2023. Kejayaan tersebut berjaya dicapai melalui Model Y. Sekaligus, menjadikan ia sebagai EV pertama yang menerajui jualan pasaran global.

Menurut data daripada JATO Dynamics, Model Y berjaya mencatat jualan yang memberangsangkan dengan jumlah jualan mencapai 1.2 juta unit. Seiring dengan itu, Tesla telah mencatatkan peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 64% berbanding tahun lalu.

Selain itu, permintaan SUV yang mencatat peningkatan untuk tahun 2023 turut membantu Tesla mencapai pertumbuhan yang lebih baik. Tidak ketinggalan, Model Y turut berjaya menerajui dua pasaran EV terbesar dunia iaitu Eropah dan China.

Tesla Model Y turut ditawarkan di Malaysia dengan 3 pilihan varian iaitu Model Y RWD, Long Range AWD dan Perfomance AWD dengan harga bermula dari RM191K.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN