Close

Yoodo akan beralih ke CelcomDigi selepas 29 Ogos 2024 – Ini yang perlu anda tahu

Umum mengetahui, syarikat penyedia perkhidmatan rangkaian iaitu Yoodo akan menamatkan perkhidmatan mereka pada 29 Ogos 2024. Seiring dengan itu, Yoodo telah berkongsi maklumat terbaru mengenai perkara tersebut.

Bermula pada 19 Jun 2024, Yoodo tidak lagi menerima pesanan untuk SIM baru dan juga pengaktifan SIM baru kecuali SIM gantian. Selain itu, tiada lagi pendaftaran akaun boleh dibuat melalui aplikasi Yoodo.

Untuk pengguna sedia ada, terdapat beberapa pilihan yang diberikan oleh Yoodo antaranya pindah talian (port-out) ke rangkaian lain atau tamatkan perkhidmatan Yoodo. Untuk pilihan ini, pengguna yang mempunyai baki kredit boleh memohon pulangan kembali melalui laman web khusus yang disediakan.

Sekiranya pengguna tidak membuat sebarang pilihan, pengguna akan kekal dengan pelan sedia ada di bawah CelcomDigi 5G. Selain itu, baki kredit boleh dibawa ke pelan CelcomDigi 5G. Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi Yoodo.

ARTIKEL BERKAITAN