Close

Hotlink perkenal pelan prabayar baru – RM25 sebulan dengan data 40GB

Hotlink sedia untuk memperkenalkan pelan prabayar baru Pasti Mampu dengan internet tanpa had. Pelan ini hadir dengan beberapa pilihan langganan iaitu bulanan, mingguan dan harian.

Untuk langganan bulanan, terdapat 3 pelan yang ditawarkan iaitu RM55, RM40 dan RM25. Untuk pelan RM55 sebulan, ia didatangkan dengan kelajuan tanpa batas sepanjang hari dan data sebanyak 200GB FUP.

Seterusnya, pelan RM40 sebulan didatangkan dengan internet tanpa had pada kelajuan 12Mbps dengan data 200GB FUP. Manakala, untuk pelan RM25 sebulan didatangkan dengan internet tanpa had pada kelajuan 6Mbps dengan data 40GB FUP .

Untuk pas mingguan dan harian, ia ditawarkan pada harga RM12/minggu yang didatangkan dengan internet tanpa had pada kelajuan 6Mbps dengan data 20GB FUP . Manakala, pas harian ditawarkan RM4/harian dengan internet tanpa had pada kelajuan 6Mbps dengan data 6GB FUP .

Semua pelan (kecuali untuk RM55/bulan) didatangkan dengan kuota hotspot, panggilan tanpa had dan kelajuan tanpa batas dari 8.00 malam hingga 8.00 pagi.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penawaran ini, boleh layari laman rasmi Hotlink.

ARTIKEL BERKAITAN