Kad Visa Touch ‘n Go (TNG) eWallet kini beralih kepada sistem pengesahan TapSecure melalui aplikasi TNG eWallet.

Sebelum ini, TNG menggunakan pengesahan SMS OTP (One-Time Password) untuk kad Visa Touch ‘n Go (TNG) eWallet.

Penggunaan sistem baru ini dikatakan lebih selamat dalam masa yang sama mengurangkan risiko pancingan data melalui OTP. Selain itu, ia turut menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan kelulusan transaksi juga lebih cepat dengan hanya melalui aplikasi TNG eWallet. Namun begitu, hanya satu akaun TNG eWallet boleh disambungkan ke satu peranti dalam satu masa.
Pengguna akan menerima notifikasi TapSecure melalui aplikasi TNG eWallet dan perlu menekan ‘Approve’ untuk mengesahkan transaksi. Namun begitu, pengguna perlu mengaktifkan fungsi notifikasi untuk proses tersebut.