Close

iPhone 17 Pro mungkin hadir dengan sistem penyejukan ‘Vapor Chamber’

Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan Apple akan menggunakan sistem penyejukan yang lebih baik pada semua model iPhone 17.

Terbaru, laporan menyatakan hanya model Pro sahaja iaitu iPhone 17 Pro dan Pro Max yang akan dilengkapi dengan sistem penyejukan Vapor Chamber (VC). Manakala, model biasa akan kekal menggunakan sistem penyejukan Heat Sink.

Dengan sistem penyejukan VC ia dijangka akan dapat menyelesaikan masalah kepanasan dalam masa yang sama dapat mengekalkan prestasi peranti dengan lebih baik dan konsisten.

iPhone 17 Pro dan Pro Max dijangka akan dijana dengan cip terbaru dari Apple iaitu cip A19 Pro. Gabungan cip baru dan sistem penyejukan ini dijangka akan dapat memberikan prestasi peranti lebih stabil dan kurang masalah kepanasan.

Apa yang boleh dikatakan, Apple masih lagi ketinggalan dalam aspek sistem penyejukan berbanding Android. Namun begitu, dengan laporan ini kita mungkin boleh menjangkakan yang Apple sedia untuk membawa perubahan pada sistem penyejukan mereka.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN