Close

Kamera Leica D-Lux 8 boleh dibeli di Malaysia dengan harga bermula RM8575

Leica Malaysia kini menawarkan kamera baru untuk pasaran tempatan melalui model Leica D-Lux 8. Merupakan pengganti kepada generasi sebelumnya iaitu Leica D-Lux 7 yang diperkenalkan pada 2020.

Dari segi rekaan, Leica D-Lux 8 hadir dengan reka bentuk dan saiz yang sama seperti Leica siri Q. Hadir dengan sensor 21 MP M4/3 yang dipadankan dengan kanta Leica DC Vario-Summilux 10.9-34mm f/1.7-2.8 ASPH yang bersamaan dengan 24-75 mm dalam format 35 mm.

Dilengkapi dengan skrin sentuh LCD bersaiz 3.1-inci dengan EVF OLED dengan resolusi 2.76 juta titik. Selain itu, kamera ini merupakan model D-Lux terawal yang menyokong format DNG. Ia juga menyokong aplikasi Leica Fotos yang membolehkan gambar dipindahkan dengan lebih mudah melalui peranti pintar.

Bercakap mengenai sambungan, kamera ini menyokong sambungan melalui WiFi, Blueooth 5.0 dan USB-C untuk pengecasan.

Di Malaysia, Lecia D-Lux 8 ditawarkan dalam beberapa pilihan. Untuk body sahaja ia dijual pada harga bermula RM8575. Manakala untuk starter bundle, ia dijual pada harga RM9889 dan pro bundle ia dijual pada harga RM12,410.

ARTIKEL BERKAITAN