Close

Xiaomi 15 Ultra mungkin diperkenalkan lebih awal

Xiaomi mungkin akan memperkenalkan peranti andalan baru mereka iaitu Xiaomi 15 Ultra lebih awal dari kebiasaan.

Menurut laporan, Xiaomi berkemungkinan akan memperkenalkan Xiaomi 15 Ultra lebih awal iaitu sekitar Januari 2025. Sebagai perbandingan, Xiaomi 13 Ultra telah diperkenalkan pada April 2023 manakala Xiaomi 14 Ultra pula sekitar Februari 2024.

Perubahan ini dilihat tidak begitu ketara memandangkan Xiaomi 14 Ultra telah diperkenalkan sekitar Februari 2024. Pelancaran lebih awal ini dikatakan sebagai strategi baru Xiaomi dalam mendapatkan kuasa membeli yang lebih baik.

Xiaomi 15 Ultra dijangka akan menjadi pesaing kepada Samsung Galaxy S25 Ultra yang berkemungkinan akan turut diperkenalkan sekitar Januari 2025.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN