Close

HONOR Magic V3 akan tiba di Malaysia pada 5 September ini

Sebelum ini, HONOR telahpun mengesahkan ketibaan fon lipat baru mereka iaitu Magic V3 ke pasaran Global. Peranti tersebut akan diperkenalkan pada 5 September 2024 di IFA Berlin.

Terbaru, HONOR Malaysia turut mengesahkan Magic V3 akan turut diperkenalkan pada tarikh yang sama. Namun begitu, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh HONOR Malaysia.

Jika merujuk kepada beberapa maklumat yang dikongsi, Magic V3 hadir dengan rekaan yang lebih nipis dan lebih ringan berbanding Magic V2. Magic V3 hanya setebal 4.35mm apabila dibuka dan 9.2mm apabila ditutup. Berat Magic V3 hanyalah sektiar 226gram iaitu 5gram lebih ringan berbanding Magic V2 dengan 231gram.

Seperti biasa, maklumat terperinci hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN