Bermula 2 September 2024, syarikat penerbangan di Malaysia diwajibkan untuk memberi pilihan bayaran balik penuh kepada pelanggan sekiranya penerbangan ditunda lebih dari 5 jam.
Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke. Perubahan ini merupakan penambahbaikan dalam Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC).
Melalui perubahan ini, pengguna mempunyai hak untuk memilih bayaran balik penuh dengan tempoh bayaran selama 30 hari bergantung kepada kaedah pembayaran. Selain itu, penerbangan yang dibatalkan mesti dikeluarkan dari sistem tempahan yang merangkumi platform atas dan luar talian. Sekiranya terdapat perubahan jadual, syarikat penerbangan bertanggunjawab untuk memaklumkan dua minggu lebih awal.
Penambaikkan ini akan memberikan perlindungan yang lebih baik kepada pelanggan atau penumpang. Dalam masa yang sama, mendorong syarikat penerbangan untuk lebih bertanggungjawab terhadap jadual penerbangan dan dapat meningkatkan kepuasan serta kepercayaan.