Close

HUAWEI MatePad Pro 13.2″ turut tiba di Malaysia dengan harga RM4999

HUAWEI Malaysia turut memperkenalkan tablet baru untuk pasaran tempatan iaitu MatePad Pro 13.2″. Tablet ini memfokuskan kepada pengalaman seperti PC melalui fungsi disertakan. Bukan itu sahaja, ia turut hadir dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

MatePad Pro ini dilengkapi dengan skrin Flexible OLED PaperMatte bersaiz 13.2-inci dengan paparan 144Hz. Skrin ini dilengkapi dengan lapisan Optic Film baru dengan kecerahan puncak sehingga 1000 nits.Peranti ini dilengkapi dengan 12GB RAM yang dipadankan dengan storan dalaman sehingga 512GB Namun begitu, cip yang digunakan pada tablet tidak dikongsi berkemungkinan adalah cip Kirin 9xxx.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 13MP + 8MP ultra lebar. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16MP + 3D ToF yang digunakan untuk fungsi pengimbas wajah.

Bateri 10,100mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 100W. Tablet ini turut menyokong aksesori papan kekunci magnetik dan stylus Huawei M-Pencil yang menyokong teknologi NearLink Starlight Wireless Connection untuk sambungan yang lebih baik. Bukan itu sahaja, peranti ini turut dilengkapi dengan sistem penyejukan 3D baru untuk memastikan ia kekal optimum.

Di Malaysia, Huawei MatePad Pro 13.2″ dijual pada harga RM4999 untuk 12GB + 512GB. Bagi yang berminat, tablet ini boleh dipra-tempah bermula hari ini dengan setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM2744.

ARTIKEL BERKAITAN