Close

vivo V50 diperkenalkan – Guna kamera Zeiss dengan bateri 6000mAh

vivo secara rasmi memperkenalkan model baru di bawah siri V iaitu V50. Model ini memfokuskan kepada pengalaman fotografi yang lebih baik melalui kamera Zeiss dan tampil dengan spesifikasi yang lebih baik.

V50 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 4500 nits dan dilindungi dengan Diamond Shield Glass. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan Zeiss untuk hasil imej yang lebih baik. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang dipadanakan dengan pengecasan 90W.

vivo menjanjikan kemas kini sehingga 3 tahun untuk Android dan 4 tahun untuk keselamatan. Selain itu, peranti ini turut hadir dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI seperti Circle to Search, Live Call Translation, Transcript Assist dan Eraser 2.0.

Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti penarafan IP69/IP68, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC dan menjalankan FuntouchOS 15 berasaskan Android 15.

Di India, vivo V50 dijual pada harga bermula sekitar INR34,999 (RM1783) dan ditawarkan dalam 4 pilihan warna Titanium Grey, Starry Night dan Rose Red. Tidak dapat dipastikan adakah model ini akan turut diperkenalkan untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN