Apple mungkin akan memperkenalkan model Air sebagai pengganti kepada model Plus untuk iPhone 17. Model ini akan menggunakan rekaan yang lebih nipis dan juga lebih ringan.

Terbaru, rekaan yang didakwa sebagai iPhone 17 Air telahpun tertiris. Sekaligus, memperlihatkan beberapa maklumat mengenai peranti tersebut. iPhone 17 Air akan menggunakan rekaan yang nipis dengan ketebalan hanya 5.5mm sahaja.

iPhone 17 Air akan menggunakan rekaan kamera baru yang mirip seperti Google Pixel namun lebih nipis. Hanya menggunakan tetapan satu kamera belakang dengan sensor 48MP dan terdapat satu lampu LED flash. Peranti ini akan dikuasakan dengan cip A19 bukan A19 Pro.

Selain itu, Apple berkemungkinan akan menggunakan elemen rekaan kamera yang hampir sama untuk model iPhone yang lain.