Close

Nothing Phone (3a) akan hadir dengan kamera periskop

Nothing telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka iaitu Phone (3a) pada 4 Mac ini. Peranti ini akan memfokuskan kepada kemampuan kamera yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

Dalam perkembangan terbaru, Nothing telah mendedahkan rekaan kamera belakang peranti tersebut. Memperlihatkan ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Periskop dan 8MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Kamera periskop menyokong 3x zum optik, 6x zum in-sensor dan 60x ultra zum.

Nothing mendakwa, sensor utama peranti ini mampu menangkap 64% lebih cahaya dan menyokong Full Well Capacity yang meningkatkan pemprosesan imej sehingga 300%. Selain itu, ia turut hadir dengan TrueLens Engine 3.0 yang dikuasakan oleh AI untuk hasil imej yang lebih realistik. Bukan itu sahaja, keempat-empat kamera ini turut menyokong Ultra HDR untuk hasil imej yang lebih baik.

Untuk membuktikan kemampuan kamera peranti ini, Nothing telah memuat naik video perbandingan kamera antara Phone (3a) dan juga iPhone 16 Pro Max.

Nothing Phone (3a) dijangka akan dilengkapi dengan butang tambahan baru. Dari segi spesifikasi, ia mungkin hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.8-inci, cip 7s Gen 3, bateri 5000mAh dan pengecasan 45W.

ARTIKEL BERKAITAN