Close

OnePlus Watch 3 diperkenalkan – Guna WearOS dengan bateri bertahan sehingga 5 hari

OnePlus Watch 3 telahpun diperkenalkan secara rasmi. Tampil dengan pelbagai peningkatan dan memfokuskan kepada penggunaan aktiviti lasak.

OnePlus Watch 3 tampil dengan rekaan yang hampir sama seperti model sebelumnya. Hadir dengan skrin lebih besar iaitu 1.5-inci LTPO AMOLED dengan bingkai dari titanium dan sapphire glass. Selain itu, ia turut menyokong kecerahan puncak yang lebih tinggi iaitu 2200 nits berbanding 1100 nits pada OnePlus Watch 2.

Masih menggunakan ‘Dual Engine Architecture’ yang membolehkan peranti ini menggunakan dua cip dan dua sistem operasi berbeza. Untuk cip Snapdragon W5 Gen 1 ia menjalankan WearOS 5 sementara cip BES2800 menjalankan sistem operasi RTOS.

Untuk pemantauan kesihatan, peranti ini dilengkapi dengan sensor degupan jantung optik 8 saluran dan 16 saluran untuk sensor oksigen dalam darah. Ia juga turut menyokong fungsi ECF dan Health Check-In yang menyemak data kesihatan dalam masa 60 saat.

Bateri 631mAh dimuatkan yang mampu bertahan sehingga 5 hari untuk penggunaan biasa dan 3 hari untuk penggunaan yang intensif. Untuk mod penjimatan, ia mampu betahan sehingga 16 hari. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti penarafan IP68, perlindungan kalis air 5ATM, penarafan MIL-STD-810H dan storan dalaman 32GB.

Untuk harga jualan, OnePlus Watch 3 dijual pada harga sekitar $329 (RM1462). Ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Emerald dan Obsidian Titanium.

ARTIKEL BERKAITAN