Close

vivo V50 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM1899

vivo V50 kini tiba secara rasmi ke pasaran tempatan, merupakan pengganti kepada model semasa iaitu V40. Seperti kita tahu, siri V memfokuskan kepada pengalaman fotografi yang lebih baik melalui kamera Zeiss dengan spesifikasi yang menarik.

V50 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 4500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan Zeiss untuk hasil imej yang lebih baik. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang dipadanakan dengan pengecasan 90W.

Selain itu, peranti ini turut hadir dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI seperti Circle to Search, AI Live Call Translation, AI Transcript, AI Superlink, dan AI Eraser 2.0. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti penarafan IP69/IP68, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC dan menjalankan FuntouchOS 15 berasaskan Android 15.

Di Malaysia, vivo V50 dijual pada harga bermula RM1999 untuk 12GB + 256GB dan RM2399 untuk 12GB + 512GB. Ditawarkan dalam 3 pilihan warna Satin Black, Mist Purple dan Ancora Red. vivo turut menawarkan varian 8GB + 256GB pada harga RM1899 namun dijual secara dalam talian sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN