Close

Google Pixel 10 dijangka hadir dengan kamera telefoto

Google dijangka akan memperkenalkan generasi Pixel yang seterusnya iaitu siri Pixel 10. Sama seperti model sebelumnya, siri Pixel 10 akan tiba dengan 3 pilihan model iaitu Pixel 10, Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL.

Terbaru, imej yang didakwa sebagai siri Pixel 10 telahpun tertiris. Sekaligus, memperlihatkan beberapa maklumat mengenai peranti tersebut. Melalui imej tersebut, siri Pixel 10 masih kekal dengan rekaan yang sama seperti sebelumnya. Masih menggunakan rekaan jenis berkotak dengan rekaan kamera belakang ‘visor’.

Pixel 10 dan Pixel 10 Pro akan menggunakan saiz skrin yang sama iaitu 6.3-inci sementara Pixel 10 Pro XL menggunakan saiz skrin lebih besar iaitu 6.8-inci. Perubahan paling menarik, model asas iaitu Pixel 10 akan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang iaitu sensor telefoto sebagai tambahan baru.

Pixel 10 akan menjadi peranti model asas pertama yang dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang. Sebagai perbandingan, Pixel 9 hanya dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang iaitu sensor utama dan ultra lebar.

Seterusnya, siri Pixel 10 akan dikuasakan dengan cip Tensor G5 yang dibangunkan oleh TSMC bukan lagi Samsung seperti generasi sebelumnnya. Siri Pixel 10 dijangka akan menawarkan peningkatan dari segi kamera dan cip pemproses yang lebih baik. Selain itu, siri Pixel 10 berkemungkinan akan tiba lebih awal dari kebiasaan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN