Close

iQOO Neo 10R diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 8s Gen 3 dan bateri 6400mAh

iQOO Neo 10R telah diperkenalkan secara rasmi di India. Tampil dengan pakej yang menarik dengan cip Snapdragon 8s Gen 3, bateri 6400mAh dan paparan 144Hz.

iQOO Neo 10R ini dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1260 x 2800. Turut menyokong paparan 144Hz, touch sampling rate 480Hz dan kecerahan puncak 4500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 4.1.

Menggunakan konfigurasi dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 64000mAh yang menyokong pengecasan 80W. Peranti ini turut dilengkapi dengan sistem penyejukan 6K Vapor Chamber yang menjanjikan purata frame rate kekal pada 87 fps sepanjang 5 jam permainan.

Selain itu, iQOO menjanjikan kemas kini 3 tahun Android dan 4 tahun keselamatan. Peranti ini menjalankan sistem operasi FuntouchOS 15 yang berasaskan kepada Android 15. Di India, iQOO Neo 10R ini dijual pada harga bermula sekitar ₹27,000 (RM1371) dan mencecah sehingga ₹31,000 (RM1574).

ARTIKEL BERKAITAN