Close

Samsung Galaxy A56, A36 dan A26 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM1199

Samsung Malaysia memperkenalkan 3 peranti baru di bawah siri Galaxy A iaitu A56, A36 dan A26. Tampil dengan spesifikasi yang menarik dan menjalankan sistem operasi terkini dari Samsung iaitu One UI 7.

Ketiga-tiga model ini berkongsi beberapa spesifikasi yang sama seperti skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Selain itu, ketiga-tiga peranti ini dimuatkan dengan bateri 5000mAh dan menyokong penarafan IP67. Perbezaan ketiga-tiga model ini adalah pada cip pemprosesan, tetapan kamera dan pengecasan.

Galaxy A56 dikuasakan dengan cip Exynos 1580 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP Ultra Lebar + 5MP Makro dan swafoto 12MP.

Manakala untuk Galaxy A36, ia dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 3 yang turut dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar + 5MP Makro dan swafoto 12MP.

Untuk Galaxy A26, ia dijana dengan cip Exynos 1380 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan swafoto 13MP.

Siri Galaxy A ini turut menyokong beberapa fungsi Awesome Intelligence seperti Circle to Search, Object Eraser dan Filter. Lebih menarik, Samsung menawarkan kemas kini sehingga 6 tahun untuk siri Galaxy A. Sebagai perbandingan, siri Galaxy A sebelum ini hanya menawarkan kemas kini 4 tahun untuk Android dan 5 tahun keselamatan.

Senarai harga jualan siri Galaxy A di Malaysia :

Samsung Galaxy A26

  • RM1199 (6GB + 128GB)
  • RM1399 (8GB + 256GB)

Samsung Galaxy A36

  • RM1499 (6GB + 128GB)
  • RM1699 (12GB + 256GB)

Samsung Galaxy A56

  • RM1999 (8GB + 128GB)
  • RM2199 (12GB + 256GB)

ARTIKEL BERKAITAN