Close

Samsung Galaxy S25 Edge guna bateri lebih kecil berbanding Galaxy S25

Seperti yang kita tahu, Samsung bakal memperkenalkan peranti baru iaitu Galaxy S25 Edge. Peranti ini bakal hadir dengan rekaan yang premium dan nipis.

Terbaru, maklumat mengenai kapasiti bateri yang digunakan pada Galaxy S25 Edge telah tertiris. Menurut maklumat, peranti ini akan dilengkapi dengan bateri sebesar 3900mAh sahaja. Sebagai perbandingan, Galaxy S25 dan Galaxy Z Flip6 mempunyai kapasiti bateri 100mAh lebih besar iaitu 4000mAh.

Dengan menggunakan kapasiti bateri yang kecil, ketahanan dan kemampuan bateri dijangka akan menjadi masalah utama pada peranti ini. Rekaan yang lebih nipis menyebabkan Samsung terpaksa mengurangkan kapasiti bateri pada Galaxy S25 Edge.

Galaxy S25 Edge dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan 12GB RAM. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor 200MP dan menyokong pengecasan berwayar 25W.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN