OPPO Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti baru untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A5 Pro. Tampil dengan rekaan yang menarik, spesifikasi yang baik dan mempunyai binaan tahan lasak.

OPPO A5 Pro ini ditawarkan dengan 2 pilihan model iaitu LTE dan juga 5G. Berkongsi spesifikasi yang sama cuma dibezakan dengan cip yang digunakan.Hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.67 dengan resolusi HD+. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 1000 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6300 untuk model 5G dan cip Snapdragon 6s Gen 1 untuk model 4G. Dipadankan dengan konfigurasi 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.


Menggunakan tetapan dwi-kamera dengan sensor utama 50MP + 2MP Potret dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 5800mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Turut hadir dengan pelbagai fungsi menarik seperti Glove Touch, Trinity Engine dan lain-lain.


Peranti ini turut hadir dengan pelbagai fungsi AI seperti AI LinkBoost, AI Eraser 2.0, AI Reflection Remover, AI Unblur, AI Assistan for Document dan AI Assistan for Note. Peranti ini dilengkapi dengan penarafan IP66, IP68 dan IP69 yang menjanjikan perlindungan dalam pelbagai situasi. Peranti ini turut mendapat pensijilan Military-Grade Shock Resistance. Sekaligus, menawarkan ketahanan yang lebih baik dan lebih lasak.

Di Malaysia, OPPO A5 Pro LTE dijual pada harga RM899 untuk 8GB + 256GB. Manakala untuk OPPO A5 Pro 5G dijual pada harga RM1099 untuk 8GB + 256GB.