PlayStation 5 Pro (PS5 Pro) akan menerima kemas kini PlayStation Spectral Super Resolution (PSSR) pada 2026. Buat yang tidak mengetahui, PSSR adalah teknologi resolusi yang digunakan untuk menyokong permainan video pada resolusi 4K.

Sony menyatakan, konsol terbaru mereka iaitu PS5 Pro akan menerima peningkatan grafik yang sama seperti FidelityFX Resolution 4 (FSR 4) iaitu teknologi penaiktarafan resolusi dari AMD. Melaluinya, ia akan memberikan kualiti visual yang lebih tajam dan lancar. Teknologi FSR 4 merupakan sebahagian dari Project Amethyst yang bekerjasama dengan AMD.
Perkakasan yang digunakan oleh PS5 Pro dikatakan sesuai untuk menyokong keperluan AI Scalling. Selain itu, fokus utama Sony pada tahun ini adalah untuk mengintergrasikan teknologi PSSR sedia ada pada lebih banyak permainan.
Walau bagaimanapun, proses tersebut akan mengambil masa yang lebih panjang berikutan itu kemas kini tersebut hanya akan tiba pada 2026. Dalam masa yang sama, kerjasama antara Sony dan AMD ini menggambarkan mengenai hala tuju teknologi grafik untuk PlayStation akan datang.