OnePlus mengumumkan yang mereka tidak lagi menggunakan butang ikonik iaitu Alert Slider pada peranti akan datang.

Menurut CEO OnePlus iaitu Pete Lau, keputusan itu dibuat selepas menerima pelbagai maklum balas pengguna yang mahukan butang yang lebih pintar dan boleh diubah suai.
Berikutan itu, OnePlus merancang untuk memperkenalkan butang baru yang mempunyai kebolehan untuk menukar profil bunyi dengan pantas dan menyokong fungsi tambahan lain.

Sebelum ini, terdapat laporan mendedahkan yang OnePlus akan hadir dengan butang baru iaitu Rubick Cube Key. Butang ini dijangka akan membuat kemunculan pada OnePlus 14. Selain OnePlus, OPPO dijangka akan turut menggunakan butang yang sama pada model OPPO Find X8 Ultra

OnePlus mula menggunakan butang Alert Slider pada 2015 melalui model OnePlus 2. Pada 2022, OnePlus telah membuang butang tersebut pada OnePlus 10T sebelum digunakan semula berikutan permintaan pengguna.