Close

iOS 19 dijangka tiba dengan perubahan besar

Apple dijangka akan membawakan perubahan besar pada sistem operasi mereka yang seterusnya iaitu iOS 19.

Menurut laporan, iOS 19 akan hadir dengan perubahan besar yang merangkumi pelbagai perkara. Antara perubahan yang akan dibawakan adalah seperti reka bentuk, menu, aplikasi, butang sistem dan juga sistem navigasi yang lebih baik.

Apple akan menggunakan beberapa elemen dari Vision OS untuk dimuatkan pada iOS 19 seperti ikon jenis bulat dan panel lutsinar. Namun begitu, iOS 19 tidak akan menggunakan sepenuhnya sistem atau reka bentuk Vision OS.

Selain iOS, dua lagi sistem operasi iaitu iPadOS dan macOS akan turut menerima perubahan besar. Walau bagaimanapun, Apple tidak merancang untuk menggabungkan sistem operasi mereka seperti mana yang dilakukan pengeluar lain. Bermaksud, sistem operasi iPad dan Mac akan kekal ditawarkan secara berasingan.

Sekirannya laporan ini tepat, kita bakal melihat perubahan terbesar yang pernah dilakukan oleh Apple pada sistem operasi mereka sejak iOS 7 dan macOS Big Sur. iOS 19 dijangka akan diumumkan pada acara WWDC 2025 yang akan berlangsung sekitar Jun ini.

ARTIKEL BERKAITAN