Close

Samsung Galaxy S25 Edge mungkin tersedia dalam kuantiti terhad

Samsung dijangka akan memperkenalkan Galaxy S25 Edge sekitar April atau Mei ini. Galaxy S25 Edge bakal hadir dengan rekaan yang lebih nipis.

Dalam perkembangan terbaru, Galaxy S25 Edge mungkin akan dijual atau ditawarkan dalam kuantiti yang sangat terhad. Laporan tersebut mendakwa, peranti ini hanya akan dikeluarkan 40,000 unit sahaja bagi kedua-dua varian iaitu 256GB dan 512GB.

Dari segi harga jualan, Galaxy S25 Edge akan dijual pada harga sedikit lebih tinggi berbanding Galaxy S25+ namun lebih rendah dari Galaxy S25 Ultra. Selain itu, tidak dapat dipastikan adakah peranti akan ditawarkan secara meluas atau terhad ke beberapa pasaran sahaja seperti Galaxy Z Fold SE.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN