ASUS ROG Phone 9 FE akan menjadi peranti seterusnya akan tiba ke pasaran tempatan. Maklumat tersebut dikongsi oleh ASUS melalui platform rasmi media sosial mereka.

Melalui perkongsian tersebut, ROG Phone 9 FE akan tiba di Malaysia pada 19 Mac 2025. Peranti ini ditawarkan pada harga lebih mampu milik namun dengan spesifikasi yang sedikit lebih rendah berbanding ROG Phone 9 dan 9 Pro.
Peranti ini telahpun dilancarkan lebih awal di Thailand, hadir dengan skrin bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1080×2040 dengan paparan 185Hz. Turut menyokong kecerahan puncak 2500 nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus 2.
Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 256GB UFS 4.0. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang 50MP IMX890 + 13MP Ultra Lebar + 5MP Makro dan swafoto 32MP.
Dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan 65W. ROG Phone 9 FE ini turut menyokong fungsi AniMe Vision dengan 85 mini LED. Di Thailand, ROG Phone 9 FE ini ditawarkan pada harga sekitar THB 29,990 (RM3948).