Close

Apple tangguhkan beberapa ciri AI untuk Siri – Tiba pada 2026

Apple mengumumkan beberapa ciri Apple Intelligence untuk pembantu suara iaitu Siri akan ditangguhkan sehingga 2026.

Ciri tersebut yang sepatutnya tiba dalam kemas kini tahun ini telah ditangguhkan ke kemas kini iOS 19 dan macOS 16 yang akan tiba pada 2026. Ciri ini membolehkan Siri memahami konteks peribadi pengguna serta melakukan arahan secara rentas aplikasi. Contohnya seperti mencari maklumat penerbangan melalui e-mel atau mesej.

Apple tidak mendedahkan sebab utama ciri tersebut terpaksa ditangguhkan. Namun begitu, Apple menegaskan kualiti dan kemampuan ciri adalah lebih penting berbanding memenuhi jangkaan jadual yang ditetapkan.

Selain itu, Apple menyatakan yang Siri telahpun menerima pelbagai peningkatan baru seperti intergrasi dengan ChatGPT, rekaan baru dan pemahaman bahasa yang lebih baik. Laporan ini mungkin sedikit mengecewakan pengguna yang menantikan ciri tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN