Close

OPPO A5 Pro akan tiba di Malaysia tak lama lagi

OPPO bakal memperkenalkan peranti baru ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Perkara tersebut didedahkan melalui laman rasmi OPPO.

Melalui halaman khas peranti tersebut, memperlihatkan peranti ini akan menyokong penarafan IP66, IP68 dan IP69 yang menjanjikan perlindungan dalam pelbagai situasi.

Bukan itu sahaja, peranti ini turut mendapat pensijilan Military-Grade Shock Resistance. Sekaligus, menawarkan ketahanan yang lebih baik dan lebih lasak. Malangnya, halaman khas tersebut tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai spesifikasi peranti ini.

Namun begitu, sekiranya sama seperti spesifikasi global. Peranti ini akan hadir dengan cip Dimensity 6300, kamera utama 50MP, bateri 5800mAh dan skrin LCD dengan paparan 120Hz.

ARTIKEL BERKAITAN